BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 27 September 2009

"Creativity is a talent we are all born with. But it needs practice to stay vibrant and grow."

THE MEANING OF INNOVATION

Innovation refers to a new way of doing something. It may refer to incremental and emergent or radical and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organizations. Following Schumpeter (1934), contributors to the scholarly literature on innovation typically distinguish between invention, an idea made manifest, and innovation, ideas applied successfully in practice. In many fields, something new must be substantially different to be innovative, not an insignificant change, e.g., in the arts, economics, business and government policy. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.


lukisan yang diabadikan di sebuah dinding bangunan lama.unik!

the creative art


Saturday 29 August 2009

the creative table

unik, cantik ,dan menarik! itu lah yang dapat saya katakan untuk meja yang kreatif ni.
beg lama juga dapat digunakan semula untuk dijadikan produk komersial.

sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dekor/20090125095553/Article/

the creative bag

hurmm..nampak macam meja kan? try to look at the picture properly..
sebenarnya

sentuhan kreatif barangan terpakai

LANGKAH menggunakan semula barangan dan bahan terpakai adalah usaha murni kerana mengurangkan sampah serta menjimatkan perbelanjaan berikutan kos mendapatkannya jauh lebih murah dibandingkan barangan baru.

Kemahuan, minat serta ditambah daya kreativiti bagi aneka barangan yang dianggap tidak berguna, dapat diguna semula untuk pelbagai keperluan di dalam serta luar rumah. Andai bijak menggunakannya dan dibantu beberapa panduan majalah, buku serta program televisyen, gaya ini juga sebenarnya mampu memberi kepuasan. Apatah lagi perbelanjaannya sangat minimum kerana kebanyakan bahan digunakan biasanya diperoleh daripada perniagaan barang lama dan terpakai seperti di pasar pasar minggu dan pasar lambak. Dalam bahasa Inggeris, jualan sebegini digelar ‘garage sale’.

Konsep penggunaan barangan terbuang ini juga berbeza dengan antik kerana tidak memerlukan perbelanjaan tinggi berbanding antik. Justeru, elakkan daripada terpengaruh dengan antik sebaliknya peminat barang terbuang kuat berpegang pada konsep rekaan dan pemilihan kerana segala yang diperoleh bersifat istimewa dan peribadi.


Gaya ini boleh dikategorikan sebagai gaya ‘electic’ kerana menggabungkan atau mencampurkan pelbagai jenis barang serta bahan dalam satu gaya reka bentuk. Oleh kerana pengumpulan barangan yang ingin dijadikan sebagai rekaan dan hiasan kadang kala tidak menentu, maka sesuatu rekaan dan hiasan tidak perlu mengikut tema. Rekaan dan hiasan berkenaan tidak perlu terlalu sistematik namun jika bijak mengolah, ia boleh menjadi satu rekaan menarik serta menghiburkan. Apa yang istimewa adalah rekaan dan hiasan berkenaan berciri terlalu ‘personal’ dan tidak mungkin ditemui di mana-mana ruang lain.

Namun, bukan mudah menghasilkan satu rekaan menarik daripada barang terbuang dan terpakai. Jika tidak bijak menghasilkannya, kediaman sebaliknya boleh bertukar menjadi ‘junk store’. Gaya ini sebenarnya menggabungkan dua minat besar iaitu berbelanja di pasaran murah dengan merekabentuk menghasilkan sesuatu yang unik serta baru.